pesanan buat sahabat

Sahabat2 Ku yg ingin atau akan berkahwin dgn seorang tentera,.ingin ku titipkan sedikit nasihat..bukan untuk menakutkan tetapi sekadar berkongsi apa yg bakal anda lalui kerana kehidupan kita sebagai isteri tentera amatlah berlainan dgn org lain..kekuatan & kesabaran hati perlu berkali2 ganda dari sblm berkahwin ~ saat bangun dari tidur jgn kita harapkan dia sentiasa ada disisi..begitu juga semasa mahu tidur..kebanyakannya tidur kita tidak berteman ~ fahamilah kerjayanya..kita bukan sahaja berkahwin dengan suami,tetapi juga bermadu dengan kerjanya..bukan mudah utk faham,tetapi cubalah sedaya mungkin ~ janganlah terlalu berharap kpd belaiannya sentiasa kerana akhirnya hati kita juga yg kecewa..tanyalah mana2 wanita,siapa yg tidak mahu belaian dr seorg suami..tetapi masanya utk kita sgtlah terhad..sebagai isteri layanlah suami sebaik mungkin semasa ada masa bersama ~ sabar..sabar..sabar..sabarlah dengan ujian Allah ini..anggap berjauhan dgn suami adalah salah satu cara penguat cinta suami isteri ~ layanlah suami sebaik mungkin ketika bersama kerana bukan mudah utk menghabiskan masa bersama..ceritakan masalah kepada suami sekiranya perlu ~ cubalah belajar berdikari kerana suami memang suka isteri yg dpt berdikari..dgn ini dapat menyenangkan juga hati suami yg sering tidak bersama kita Macam mana?..sanggup ke tidak kwn2 he dak lalui ini smua..byk lg sebenarnya tetapi cukuplah setakat ni..nak citer byk2 nanti ada plak yg takut nak kawen..he he Xde ape sebenarnya..semua ni berhantung kpd sikap masing2..kesetiaan & pengorbanan dlm rumahtangga itu perlu.. # rindunya kat suami yg kt tgh2 laut..semoga Allah sentiasa melindungi Abg

Disebalik peristiwa mh17 buat diri ini

Mesti semua orang menonton siaran langsung @ dalam berita tentang hari berkabung negara kan pada 22 ogos lps..sedih & sayu hati apabila melihat jenazah2 mangsa mh17 dan juga waris2 mangsa. Hati ini percaya xde seorg pun yang tdk tersentuh hati melihat situasi tersebut. Paling menyentuh hati & x dpt nak ditahan air mata apabila melihat wajah anak & isteri co-pilot..memang tabah hati wanita beliau kerana redha dgn ujian yg Allah beri kerana kehilang suami tercinta yg juga ayah kepada anaknya..Insan yang dirindui kini telah kembali..tetapi dlm keadaan jasad yg kaku..sesungguhnya pedih hati menonton tv pagi tersebut..melihat itu,hati aku mula risau dengan keadaan suami yg sedang bekerja ditengah2 laut..perasaan rindu tiba2 menebal didlm hahi..semoga Allah sengiasa melindungi suamiku disetiap perjuangan mencari rezeki utk kami..

utk abg: walaupun kita tdk dpt berhubung dlm jangka masa tertentu syg sentiasa berdoa semoga setiap apa yg abg lakukan senantiasa mendapat balasan yg baik..smoga sentiasa sihat & syg sentiasa tunggu & setia pd abg ♥♥♥


Tabahlah wahai hati

Hati sabar ye..pujuk hati sendiri la yg boleh..rasa macam dah x kuat dah..rindu sgt2 kat suami. Org lain blh kata 'biasa la org kawen pjj skrg ni'..tp aku x mcm org lain..nak call suami pn xdpt..hampir 2 bln dh ni x dengar suara suami..dugaan Allah bg kami kan..mungkin ada hikmahnya dihadapan yg kita tdk tahu.

sebulan je aku dpt rasa jadi seorg isteri..dah 3 bln kawen..hati teringin nak layan suami mcm isteri2 org lain,namun apa daya aku..semua tu aku x berpeluang..kesian kt suami,ada isteri,tp x dpt layanan yg sepenuhnya..tp suami faham sbb kamiberdua bekerja..sgt susah untuk tinggal bersama dalam masa terdekat.

rasa cemburu kdg2 timbul jika tgk org lain suami isteri melakukan sumua aktiviti bersama..aku pn manusia biasa jgk..teringin nak bt camtu dgn suami..x sabar nak tunggu bln 10 nanti..kbrnya suami akan balik ke darat & bercuti..dptlah bermanja dgn suami nanti..semoga rumah tangga kami dijauhkan dari perkara2 yg tidak elok..aminn

Rindu

Hari ni xtau la knp hati ni rindu sgt kt en.suami..sakit sgt rasa kt dada..ya Allah,kuatkn la semangat aku. Nak citer kt kwn mcm xpatut plak..nti kn dikatanya aku suka mengeluh..so,aku diamkan je la..msuk bilik nangis sorg2..

Utk sedapkan hati aku tgk pictures kawin kami..terubat skit. Pastu baca blog2 isteri2 tentera..baca kisah & pengalaman mereka yg terlebih dahulu merasa perasaan yg aku rasa skrg..go echah!!!!...pasti blh InsyaAllah

kata org klau kita rindu sgt2 kt seseorg..maknanya org tu pn sedang rindukan kita..mungkin suami aku pn sdg rindukan aku skrg kt pulau tu..kesian kt dia dah la keja kt pulau tgh2 laut..smoga abg sentiasa sihat & selamat..syg tggu abg blk nti ♥♥♥

kisah hidup seorang isteri tentera

Kalau mengadu kt orang nanti dikatakan suka mengeluh..so,aku luahkan je kat blog..betapa  mencabarnya hidup isteri tentera..wpn begitu aku suka jd isteri tentera sbb ianya byk mengajar aku bersikap lebih realistik & sabar..♥♥♥

My hearts hurts..every minute he isn't home
I cry every night..he isn't by my side
All i want to do id hold him
Just his touch..would make my year
If he could kiss me it would make in happy 

Jauh di mata dekat dihati


Ni la my en.popaye♥♥♥..rindunya kt abg..bila abg nk naik base??.dah lama abg operasi kt pulau..ni la persoalan yg selalu ada dlm kepala aku..org lain pjj pn masih dpt bersms & bervideo call atau seumpamanya..aku?? Hanya gambar2 yg jadi tatapan setiap hari..kadang2 hati jahat terusik.."mengapa kawin kalau hidup mcm org bujang?"..ishhh, x baik btol fikir mcm tu..

aku bersyukur wpn kami berjauhan aku ttp msh punya suami..org lain ada yg susah bertemu jodoh..x sabarnya nk tggu bln 9 ni..kata kwn abg,abg blk base hujung bln 9..so,dlmbln 10 nti abg cuti..jd kami dpt jumpa..heppy sgt

aku juga seperti wanita lain yg mahukan suami sentiasa disisi..tapi apakan daya aku terpaksa berkongsi suami dgn negara...dia milik negara..negara perlu diutamakan. Tapi,bila suamiku cuti masa & dirinya hanya utk aku..terima ksh abg ♥..rasa pengorbanan & penantian aku berbaloi..tetapi utk mendapat kebahagiaan ini,byk yg terpaksa dikorbankan..

kepercayaan & keyakinan satu sama lain amat penting sekiranya berjauhan..
syg percayakan abg..harap2 abg pn sama

realiti kehidupan berumahtangga

Lamanya x berbloggie ni..bz sgt thn ni..kt sek aku dh jd penyelaras..dlm hidup aku dh jd seorang isteri..alhamdulillah 30 mei aku dh selamat bergelar isteri kpd suami tercinta..setelah hampir 2 thn kami berkawan akhirnya lafaz ijab & kabul dilafazkan dgn restu kedua ibu bapa kami..bersuamikan seorg tentera pasti ujian yg hebat bt diriku.

alhamdulillah suamiku sorg yg baik & sgt bertolak ansur..aku yakin dia pasti dpt membimbing aku ke jalan yg benar..wpn aku x dpt bersama2 dgn suami disebabkan kerjaya kami msg2,aku berharap rumahtangga yg baru kami bina aman harmoni tanpa ada yg merosakkannya. Aku harap cinta kami tetap utuh wpn berjauhan..

kini dh dekat 2 bln suami meninggalkan aku tanpa suaranya ku dgr..tanpa smsnya aku terima..sgt perit tanggung rindu tetapi apa daya aku sbg hambanya..dah ujian ini yg kami suami isteri dpt..aku redha..

Gambar kahwin sebagai peneman