Nak keja...nak keja!!!!!

Dah masuk 4 bulan aku tamat study, konvo pn sdh...tapi kerja masih xde.. waaaaaaaaaaaaaa dah lama tunggu borang posting..xkuar2 lagi. Opssss lupe lak nk bgtau yang aku ni lulusan sarjana muda pendidikan..so, kerja aku adalah cikgu


Kata orang cikgu ni senang dapat kerja, tapi bukan sebab tu aku pilih nak jadi cikgu. 
Aku memang minat sangat2 nak jd ckgu esp. cikgu prasekolah. seronok tau...main dgn budak2 yang kiut dan cumel. Aku pun memang suka budak.

                                             cumel kan diorang ni...tak sabar nak mengajar ni..hehe (sekadar hiasan)

Tapi lepas graduate je mulalah mak cik2 dan pak cik2 tanya "bila kerja"..."mintak posting kat mana".."ambk ckgu kan, mesti cepat kerja"...arghhhh!!!! ini lah yang menjadi tekanan bagi diriku sekarang. Tak tau nak jawab cmner.Aku iyakan sahaja dan berdoa "masin" mulut mereka dapat la cepat aku posting. Nasib baik ma dan abah byk bagi support dan faham keadaan aku.

harap-harap tak la sampai jadi camni..huhu

Kekadang terlintas gak kat kepala aku ni nak marahkan KPLI, DPLI dan macam lagi yang mana senang pulak mereka dapat penempatan padahal kami yang berkelulusan SARJANA MUDA PENDIDIKAN ni yang berhempas pulas memerah otak belajar 4-5 tahun susah nak dapat penempatan. Adilkah begini????
Tapi nak buat camner dah rezeki mereka...rezeki yang Allah bagi kepada mereka.

Banyak cerita "SAHIH & BENAR" yang aku dengar bahawa mereka smua tak minat nak jadi guru sebanarnya.Sebab susah nak dapat kerja yang setaraf dengan kelulusan diorang, diorang mintak la jadi cikgu. Tak baik tau...nak jadi cikgu kenalah ikhlas. Maaf ye kalau terlebih cakap :)

Apapun aku harap Allah s.w.t akan memurahkan rezeki kepada kami (graduan pendidikan) agar dapat posting cepat dan dapat bantu keluarga. Aminnnnnnnnnnnnnnnn

                                                       ni gambar masa praktikum kat sk sg. penchala

'CINTAILAH DIA SEBELUM MENCINTAI SESAMA MAKHLUK'

Masa sedang maen2 fb, aku terbaca "terjengah" fb seseorang yang dikenali sebagai Raudhatul Jannah. Cantik nama itu..secantik maksudnya "taman syurga". Aku tertarik dengan penulisan beliau yang bertajuk "CINTAILAH DIA SEBELUM MENCINTAI SESAMA MAKHLUK". So aku copy paste je kat sni agar sape yang singgah kt blog ni boleh baca.Sharing is caring kann???...apa lagi, jom layannnnn..:)


'CINTAILAH DIA SEBELUM MENCINTAI SESAMA MAKHLUK'

Kenapa kita perlu mencintai Tuhan??? Sebab Dia menciptakan kita??? Sebab Dia memberikan kita hidup dan peluang bernafas di dunia ini??? Itukah sebab utama??? Semua tu adalah jawapan yg biasa kita dengar. 

Baik, sebab apa kita menyayangi ibu bapa??? Sebab mereka melahirkan kita??? Ya, betul... Tapi itu bukan sebab yang paling utama. Kita menyayangi ibu bapa, kerana kasih sayang mereka kepada kita. Begitu juga dengan Tuhan. Kita perlu mencintai Tuhan kerana cintaNya kepada kita.


Dapatkah kamu rasa cinta Tuhan??? Cinta Tuhan ibarat angin yang tidak dapat dipandang zahir. Tidak dapat ditangkap pandangan mata. Hanya mata hati yang mampu merasakan kehadirannya.

Namun ramai manusia mengatakan cinta pada Allah, namun tidak mejiwai perasaan itu. Mereka tahu Allah itu Maha Melihat, tetapi mereka lupa, Allah sentiasa berada di sisi. Allah bukan saja memerhati, malah Allah ikut sama dalam setiap perbuatan. Bukan saja melihat tingkahlaku kita, bahkan tahu segala tindak tanduk dan niat di dalam hati kita.

Saya sekadar memberi peringatan. Terutamanya kepada diri saya sendiri. Kerana manusia itu lumrahnya mudah lalai dan lupa. Tiada cinta yang perlu diletakkan ditempat paling utama melainkan cinta kepada Tuhan. Cinta yang kekal, jika kita pandai menjaganya. Jika kita tahu menghargai nilai cinta tersebut. Sedangkan cinta kepada manusia itu tidak menentu..



                        indahnya ciptaan Allah...subhanallah

Akhirnya

Alhamdulillah...akhirnya aku konvo jga.xde apa2 yang menghalang dan majlis konvokesyen berjalan dengan lancar walaupun hujan turun dengan lebatnya b4 majlis berlangsung.


Akhirnya penat lelahku selama ini berhasil dan aku hadiahkn kejayaan ini buat ma dan abah yg aku sayang..
seronok ada, berdebar pun ada masa kt dlm dewan. Aku kiranya berhati2 gak la masa naik pentas utk ambk skrol dgn Toh Puan...xtau la cmner pic kt atas pentas 2..xtau msa mna diorg snap.


Kita orng bdk2 pendidikan konvo sekali dgn bdk akademi pengajian Islam. so, diorg yg terima skrol dlu..kami kna tggu slps 400 orang lbh. baru tiba giliran kami...seronokkkk!!!!!


Lepas smua mjlis selesai aku ke tempat junior berkumpul. Mereka smua bt persembahan utk kami & yg plg best dapat hadiah br junior..thankssss a lotsssssss ya. Anak saudara aku plak bg seekor patung bear yg cumel...


Lepas ni harap2 dpt posting cepat...dpt bantu keluarga & sekolah adik2 plak...aminnn

                                                 bergambar bersama ma, abah, angah & anak2 buah




                                                                   ni la bear yg anak saudara bagi..cumel kann???

Labels: