Nak keja...nak keja!!!!!

Dah masuk 4 bulan aku tamat study, konvo pn sdh...tapi kerja masih xde.. waaaaaaaaaaaaaa dah lama tunggu borang posting..xkuar2 lagi. Opssss lupe lak nk bgtau yang aku ni lulusan sarjana muda pendidikan..so, kerja aku adalah cikgu


Kata orang cikgu ni senang dapat kerja, tapi bukan sebab tu aku pilih nak jadi cikgu. 
Aku memang minat sangat2 nak jd ckgu esp. cikgu prasekolah. seronok tau...main dgn budak2 yang kiut dan cumel. Aku pun memang suka budak.

                                             cumel kan diorang ni...tak sabar nak mengajar ni..hehe (sekadar hiasan)

Tapi lepas graduate je mulalah mak cik2 dan pak cik2 tanya "bila kerja"..."mintak posting kat mana".."ambk ckgu kan, mesti cepat kerja"...arghhhh!!!! ini lah yang menjadi tekanan bagi diriku sekarang. Tak tau nak jawab cmner.Aku iyakan sahaja dan berdoa "masin" mulut mereka dapat la cepat aku posting. Nasib baik ma dan abah byk bagi support dan faham keadaan aku.

harap-harap tak la sampai jadi camni..huhu

Kekadang terlintas gak kat kepala aku ni nak marahkan KPLI, DPLI dan macam lagi yang mana senang pulak mereka dapat penempatan padahal kami yang berkelulusan SARJANA MUDA PENDIDIKAN ni yang berhempas pulas memerah otak belajar 4-5 tahun susah nak dapat penempatan. Adilkah begini????
Tapi nak buat camner dah rezeki mereka...rezeki yang Allah bagi kepada mereka.

Banyak cerita "SAHIH & BENAR" yang aku dengar bahawa mereka smua tak minat nak jadi guru sebanarnya.Sebab susah nak dapat kerja yang setaraf dengan kelulusan diorang, diorang mintak la jadi cikgu. Tak baik tau...nak jadi cikgu kenalah ikhlas. Maaf ye kalau terlebih cakap :)

Apapun aku harap Allah s.w.t akan memurahkan rezeki kepada kami (graduan pendidikan) agar dapat posting cepat dan dapat bantu keluarga. Aminnnnnnnnnnnnnnnn

                                                       ni gambar masa praktikum kat sk sg. penchala

0 comments:

Post a Comment