4 Golongan Lelaki yg Ditarik Oleh Wanita Ke Neraka


♥ Masa sdg maen2 dgn muka buku, aku terbaca satu artikel yg menarik..jom baca =)

1 • Ayahnya 

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

2 •
Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


3 • Abang-abangnya 

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


4 • Anak Lelakinya 

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya.

---------------------------------------------------------------

♦ Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ♦ maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar ♦


Firman ALLAH S.W.T ~

"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahlimu dari api neraka,
dimana bahan pembakarannya ialah manusia & batu- batu"
(surah At-Tahrim, ayat 6, juzuk 28)

Aktiviti musim hujan

Musim hujan ni pasti anda boring kan...aku pn boring gakk sbb 2 asyik berkepit dgn mr.lappy ni. Apa ye xtviti anda pda waktu2 begini??..almaklumlah hujan, xdpt nk g ronda-ronda..hehe. Ni aku suggest beberapa xtvti yg biasa org buat utk hilangkn boring di musim hujan a.k.a banjir 


♥Makan (jgn mkn byk sgt..cukup utk hilangkn lapar. hujan2 ni mesti lapar kn)
kalau dpt mkn ubi kayu rebus plg besstt..


nampak cam best..hbs klau mkn ni



♥ Tid0oooo (xtviti plg femes rsanya..huhu)



Best kn tgk baby ni td0, tapi yg dah tua 2 jgn la td0 smpai xigt waktu..kerja ttp kna pegi. Bagi org lelaki plak jgn lupe pegi solat jumaat, jgn jdkn alasan hujan xblh pegi & terus td0 lak. Bgi yg perempuan jgn tdo smpai lupe nak msk...suami blk keja nak makan...hehe


♥ Tonton TV
Bagi bdk2 msa ni la yg plg besst utk mereka tonton tv. byk crite2 kartun. aku pn selalu berebut dgn adik2 & anak2 buah..aku nk tgk drama, diorang lak nk tgk kartun





Lamanya

♥Lamanya xtulis apa-apa kt my blog ni...hehe
Bukan apa, bz sikit sekarang ni..tgh belajar drive kreta. Baru nak buat lesen daaaa...huhu


♥Actually, xde crite yg best nak tulis tapi nak kongsi satu lirik lagu dari opick...penyanyi dr indon tu
Best gak lagu dia..boleh insaf la...bagi yg nak insaf. Tajuknya "rapuh"
Apapun, hayatilah lirik lagu ni...sedih gakkk...huhuhu..


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta


detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Nak keja...nak keja!!!!!

♥ Dah masuk 4 bulan aku tamat study, konvo pn sdh...tapi kerja masih xde.. waaaaaaaaaaaaaa dah lama tunggu borang posting..xkuar2 lagi. Opssss lupe lak nk bgtau yang aku ni lulusan sarjana muda pendidikan..so, kerja aku adalah cikgu


♥Kata orang cikgu ni senang dapat kerja, tapi bukan sebab tu aku pilih nak jadi cikgu. 
Aku memang minat sangat2 nak jd ckgu esp. cikgu prasekolah. seronok tau...main dgn budak2 yang kiut dan cumel. Aku pun memang suka budak.

                                             cumel kan diorang ni...tak sabar nak mengajar ni..hehe (sekadar hiasan)

♥Tapi lepas graduate je mulalah mak cik2 dan pak cik2 tanya "bila kerja"..."mintak posting kat mana".."ambk ckgu kan, mesti cepat kerja"...arghhhh!!!! ini lah yang menjadi tekanan bagi diriku sekarang. Tak tau nak jawab cmner.Aku iyakan sahaja dan berdoa "masin" mulut mereka dapat la cepat aku posting. Nasib baik ma dan abah byk bagi support dan faham keadaan aku.

harap-harap tak la sampai jadi camni..huhu

♥Kekadang terlintas gak kat kepala aku ni nak marahkan KPLI, DPLI dan macam lagi yang mana senang pulak mereka dapat penempatan padahal kami yang berkelulusan SARJANA MUDA PENDIDIKAN ni yang berhempas pulas memerah otak belajar 4-5 tahun susah nak dapat penempatan. Adilkah begini????
Tapi nak buat camner dah rezeki mereka...rezeki yang Allah bagi kepada mereka.

♥Banyak cerita "SAHIH & BENAR" yang aku dengar bahawa mereka smua tak minat nak jadi guru sebanarnya.Sebab susah nak dapat kerja yang setaraf dengan kelulusan diorang, diorang mintak la jadi cikgu. Tak baik tau...nak jadi cikgu kenalah ikhlas. Maaf ye kalau terlebih cakap :)

♥Apapun aku harap Allah s.w.t akan memurahkan rezeki kepada kami (graduan pendidikan) agar dapat posting cepat dan dapat bantu keluarga. Aminnnnnnnnnnnnnnnn

                                                       ni gambar masa praktikum kat sk sg. penchala

'CINTAILAH DIA SEBELUM MENCINTAI SESAMA MAKHLUK'

♥Masa sedang maen2 fb, aku terbaca "terjengah" fb seseorang yang dikenali sebagai Raudhatul Jannah. Cantik nama itu..secantik maksudnya "taman syurga". Aku tertarik dengan penulisan beliau yang bertajuk "CINTAILAH DIA SEBELUM MENCINTAI SESAMA MAKHLUK". So aku copy paste je kat sni agar sape yang singgah kt blog ni boleh baca.Sharing is caring kann???...apa lagi, jom layannnnn..:)


'CINTAILAH DIA SEBELUM MENCINTAI SESAMA MAKHLUK'

Kenapa kita perlu mencintai Tuhan??? Sebab Dia menciptakan kita??? Sebab Dia memberikan kita hidup dan peluang bernafas di dunia ini??? Itukah sebab utama??? Semua tu adalah jawapan yg biasa kita dengar. 

Baik, sebab apa kita menyayangi ibu bapa??? Sebab mereka melahirkan kita??? Ya, betul... Tapi itu bukan sebab yang paling utama. Kita menyayangi ibu bapa, kerana kasih sayang mereka kepada kita. Begitu juga dengan Tuhan. Kita perlu mencintai Tuhan kerana cintaNya kepada kita.


Dapatkah kamu rasa cinta Tuhan??? Cinta Tuhan ibarat angin yang tidak dapat dipandang zahir. Tidak dapat ditangkap pandangan mata. Hanya mata hati yang mampu merasakan kehadirannya.

Namun ramai manusia mengatakan cinta pada Allah, namun tidak mejiwai perasaan itu. Mereka tahu Allah itu Maha Melihat, tetapi mereka lupa, Allah sentiasa berada di sisi. Allah bukan saja memerhati, malah Allah ikut sama dalam setiap perbuatan. Bukan saja melihat tingkahlaku kita, bahkan tahu segala tindak tanduk dan niat di dalam hati kita.

Saya sekadar memberi peringatan. Terutamanya kepada diri saya sendiri. Kerana manusia itu lumrahnya mudah lalai dan lupa. Tiada cinta yang perlu diletakkan ditempat paling utama melainkan cinta kepada Tuhan. Cinta yang kekal, jika kita pandai menjaganya. Jika kita tahu menghargai nilai cinta tersebut. Sedangkan cinta kepada manusia itu tidak menentu..



                        indahnya ciptaan Allah...subhanallah

Akhirnya

♥Alhamdulillah...akhirnya aku konvo jga.xde apa2 yang menghalang dan majlis konvokesyen berjalan dengan lancar walaupun hujan turun dengan lebatnya b4 majlis berlangsung.


♥Akhirnya penat lelahku selama ini berhasil dan aku hadiahkn kejayaan ini buat ma dan abah yg aku sayang..
seronok ada, berdebar pun ada masa kt dlm dewan. Aku kiranya berhati2 gak la masa naik pentas utk ambk skrol dgn Toh Puan...xtau la cmner pic kt atas pentas 2..xtau msa mna diorg snap.


♥Kita orng bdk2 pendidikan konvo sekali dgn bdk akademi pengajian Islam. so, diorg yg terima skrol dlu..kami kna tggu slps 400 orang lbh. baru tiba giliran kami...seronokkkk!!!!!


♥Lepas smua mjlis selesai aku ke tempat junior berkumpul. Mereka smua bt persembahan utk kami & yg plg best dapat hadiah br junior..thankssss a lotsssssss ya. Anak saudara aku plak bg seekor patung bear yg cumel...


♥Lepas ni harap2 dpt posting cepat...dpt bantu keluarga & sekolah adik2 plak...aminnn

                                                 bergambar bersama ma, abah, angah & anak2 buah




                                                                   ni la bear yg anak saudara bagi..cumel kann???

Labels:

Apa itu CINTA??

Ada org kata cinta itu manis..
ada juga yg berkata cinta itu pahit..
ada yang mengakui cinta itu membuatkan diri bahagia..
tidak kurang juga yg mengatakan cinta itu membuatkn manusia merana..
tetapi...
ikhlas dari hati kecilku ini sebenarnya aku tidak kenal apa itu cinta yg sebenarnya...


Aku tidak pernah merasa dicintai..mungkin pelik kan??
tetapi itulah diri aku yg sebenarnya
rmai kwn2 yg berkata aku terlalu memilih
tetapi tidak salahkan utk memilih seseorg yg pasti akan menjadi pasangan hidup yg dpt mnjaga kita seumur hidup kan?
bukan mahukan seseorang yang kaya, yang terkenal...cukuplah sekadar "dia" mempunyai pegangan agama dan pegangan hidup yang baik
sebenarnya aku fobia melihat keadaan sekeliling yang mana kebanyakan lelaki yg aku kenal ramai yg menjadi "mr.mama"
kasihan aku melihat kehidupan keluarga itu ... dimana isteri dan anak-anak yang mencari rezeki
dimanakah tanggungjawab seorang bapa di dalam situasi ini??
padahal dia diberi kesihatan yang baik oleh yang Maha Pencipta
disebabkan sedikit kesusahan dan ujian dia menjadi malas dan melepaskan segala tanggungjawab kepada isteri..


Aku selalu berdoa supaya dijauhkan daripada mendapat lelaki seperti ini sebagai pasangan hidupku
aku mempunyai banyak tanggungjawab kepada kedua ibu bapa dan adik2...
aku tidak meminta yg lebih2..cukuplah sekadar mendapat CINTA yang diredhai Allah..aminn


                      cinta bukan sekadar lambang sahaja